DUA (2) NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0
DUA (2) NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0
Dua (2) negara yang telah melaksanakan teknologi baharu dalam IR 4.0 adalah di dalam teknologi ‘Smart City’. Smart Citiy adalah konsep bandar yang memanfaatkan teknologi maklumat untuk mengintegrasikan semua infrastruktur dan perkhidmatan daripada kerajaan kepada rakyat. Penerapan konsep smart city dalam perancangan bandar adalah untuk merealisasikan pembangunan dengan meningkatkan perkhidmatan awam dengan mengintegrasikan beberapa elemen yang wujud di kawasan bandar seperti kerajaan, ekonomi, kualiti hidup, alam sekitar, sumber manusia, dan pengangkutan.
Dengan perkembangan semasa dan inovasi teknologi, konsep smart city berkembang pesat setiap tahun. Konsep smart city terbaharu, Smart City 4.0, telah dilancarkan pada 2017 oleh Kumpulan Pecutan Inovasi Universiti California, Berkeley. Konsep smart city 4.0 merupakan inisiatif Revolusi Industri 4.0 untuk membangunkan kemahiran inovator dan usahawan muda dalam industri teknologi. Smart City 4.0 bertujuan untuk memupuk kemahiran untuk revolusi perindustrian 4.0 dan mempercepatkan pembangunan teknologi inovator muda, syarikat pemula dan syarikat teknologi untuk mencipta penyelesaian terbaik untuk menjadikan bandar lebih pintar, selamat dan lebih mampan. Ia bertujuan untuk menyumbang kepada Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, terutamanya berkenaan dengan Matlamat Pembangunan Mampan.
Di samping itu, Kementerian akan melaksanakan rangka kerja strategik untuk menghadapi gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) kerana ia akan meningkatkan jumlah hasil negara kepada RM2 trilion dalam tempoh 7 hingga 8 tahun 15 akan datang. Industri 4.0 yang dipacu oleh revolusi digital atau Internet, melalui aplikasi sistem rangkaian fizikal, bukan sahaja akan tertumpu kepada industri pembuatan, malah akan melibatkan industri perkhidmatan. Revolusi ini merupakan kesinambungan daripada revolusi industri ketiga berasaskan sistem elektronik dan teknologi maklumat. Trend revolusi keempat bermula di negara maju dan negara industri berteknologi tinggi seperti Jerman dan Amerika Syarikat, dan kini berkembang ke negara seperti China, Korea Selatan, dan Singapura.
Pemangkin Industri 4.0 bagi sektor pembuatan secara amnya adalah berteraskan kemajuan dalam bidang autonomous robots, big data, augmented reality, cloud computing, internet of things, percetakan 3D, keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital. Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung pada perdagangan perlu meningkatkan rantaian nilai untuk menjadi pangkalan perkilangan berkualiti tinggi menerusi penggunaan teknologi agar negara lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global. Industri 4.0 mendorong syarikat untuk menggunakan automasi dan pertukaran data dalam teknologi pembuatan yang mewujudkan kilang pintar di mana mesin disambungkan dengan internet dan kepada sistem yang boleh menggambarkan keseluruhan rantaian pengeluaran.

Comments
Post a Comment