FUNGSI SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0
KEFUNGSIAN SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0
THE INTERNET OF THINGS
Secara tidak langsung aktiviti harian kita terlibat dengan. Sebagai contoh di pejabat, sistem akaun syarikat berinteraksi dengan sistem sumber manusia, manakala di rumah pula anak-anak bermain permainan sama ada melalui telefon mahupun komputer secara dalam talian dengan rakan dari tempat yang lain. Di zaman pandemic Covid-19 kini ramai peniaga dan juga pembeli menggunakan kaedah pembelian di dalam talian yang mana lebih menjimatkan masa pengguna. Selain itu, contoh lain yang boleh dilihat seperti, maklumat melalui rakaman CCTV di lebuhraya boleh dimuat naik untuk memberikan info kepada pengguna lebuh raya akan situasi trafik terkini dengan memaparkan melalui papan tanda digital yang terdapat lebuh raya mahupun telefon bimbit pengguna. Ini merupakan permulaan untuk kita melihat Internet Of Thing ini akan berinteraksi sesama sendiri tanpa menggunakan tenaga manusia.
Melalui Google Playstore pula kitab oleh memuat turun pelbagai aplikasi yang boleh menunjukan arah jalan tanpa kita berhenti untuk bertanya kepada orang ramai. Salah satu aplikasi yang tersohor kini adalah Google Map dan juga Waze. Melalui aplikasi ini kita boleh mengetahui jarak sesuatu perjalanan dan juga masa untuk kita sampai ke destinasi yang ingin dituju. Selain itu kita akan mendapat pemberitahuan sekiranya jalan yang kita lalui itu ada mengalami kesesakan diakibatkan kemalangan atau sebaliknya dan waze akan menunjukkan jalan yang paling selamat untuk pengguna lalui. Dengan itu, IoT membolehkan suatu senario peranti atau gajet berhubung antara satu dengan yang lain tanpa campur tangan manusia.
CYBERSECURITY
Keselamatan siber mengikuti amalan Triad CIA sebagai konsep asasnya. Konsep ini merangkumi confidentiality (kerahsiaan), integrity (integriti), dan availability (ketersediaan). Confidentiality seperti namanya, kerahsiaan ialah percubaan untuk merahsiakan data dan juga menyimpan data. Dalam pelaksanaannya, ia berbentuk mengawal setiap capaian data dengan tujuan untuk mengelakkan kecurian data atau kebocoran data. Selain itu, Integriti memastikan semua data dan maklumat yang diberikan adalah konsisten, tepat dan boleh dipercayai. Dan seterusnya, availability seperti namanya, ketersediaan adalah tempat data dan maklumat sedia ada boleh diakses dengan lancar dan mudah tanpa halangan.
Tambahan pula, fungsi cybersecurity ini ianya dapat melindungi segala data atau maklumat peribadi yang penting daripada digodam daripada mana-mana pihak yang tidak sepatutnya. Tujuannya adalah untuk membantu mencegah serangan siber dan membantu mengurangkan serangan siber dengan jayanya.
AUGMENTED REALITY
Apabila masa berlalu teknologi kita menjadi lebih maju dan moden. Sesetengah orang mungkin melihat ini sebagai beban kerana sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Walau bagaimanapun, yang lain mengharapkan perubahan ini berguna. Fungsi Augmented Reality adalah untuk meningkatkan persepsi seseorang tentang dunia di sekelilingnya dan menjadikan dunia maya dan dunia nyata sebagai antara muka baharu yang boleh menunjukkan maklumat yang relevan dan boleh membantu dalam bidang pendidikan, latihan, pembaikan atau penyelenggaraan, pembuatan, ketenteraan, permainan dan segala jenis hiburan. Dunia hiburan banyak menggunakan AR untuk mewujudkan efek-efek yang akan dihasilkan oleh hiburan tersebut. Sebagai contoh yang sering dilihat semasa berita yang memaparkan ramalan cuaca. Ketika seorang wartawan cuaca melaporkan ramalan tersebut, beliau hanya berdiri di depan layer dan teknologi AR tersebut akan merubah situasi kepada animasi seolah-olah beliau berada di dalam animasi tersebut. Selain itu, untuk Latihan ketenteraan telah banyak menggunakan teknologi AR sebahai latihan pertempuran mereka. Teknologi AR ini untuk membuat sebuah permainan perang dan membolehkan seseorang tentera tersebut seakan-akan berada di dalam situasi perang tersebut secara nyata.

Comments
Post a Comment