TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA
TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA
Sudah menjadi satu kebiasaan apabila wujudnya sesebuah revolusi pasti ka nada cabaran yang perlu dihadapi. Bermula daripada revolusi industri yang pertama hingga yang ketiga, dunia telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan revolusi-revolusi ini bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan kehendak masyarakat. Kewujudan Revolusi Industri 4.0 juga tidak terlepas dengan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak terlibat agar peralihan teknologi industri yang baharu ini dapat diimplementasikan secara optimum di semua peringkat. Dari perskpektif kerajaan, revolusi teknologi bermakna perlu juga ada revolusi dalam perundagan yang melibatkan syarikat dan teknologi. Kerajaan mungkin gagal untuk mengatur teknologi baru seperti teknologi pengecaman wajah. Kerajaan harus berfikir bagaimana caranya untuk melindungi privasi rakyat pada masa yang sama, masih 16 menyokong inovasi dan pembagunan teknologi. Antara salah satu cabaran yang dihadapi adalah :-
· KEKURANGAN TENAGA MAHIR
Usaha pelbagaii pihak dalam Hasrat untuk melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 merupakan satu perkara yang sangat mencabar. Hal ini kerana ia memerlukan jangka masa yang Panjang dan juga melibatkan kos yang tinggi. Selain itu, Hasrat dalam mengimplementasikan revolusi ini tentunya memerlukan banyak kepakaran agar segala perancangan berjalan dengan lancer. Sesebuah industri perlu mengeluarkan sejumlah kos untuk memberikan Latihan agar tenaga-tenaga pakar dapat dihasilkan. Hal yang sedemikian akan menyebabkan sesebuah industri tersebut mengalami kerencatan dalam mencapai revolusi industri dengan cepat.
· ANCAMAN KESELAMATAN SIBER
Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman kepada jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Pengenalan Internet Of Things (IOT) yang mengintegrasikan anatara sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah ancaman penggodam dan penjenayah siber. Manakala industri industri pula sentiasa berhadapan dengan isu cetak rompak yang dilihat tiada berpenghujung. Tambahan pula pada masa kini dengan revolusi baru seperti Internet Of Thing (IOT) yang memebuka ruang dan peluang kepada penggodam untuk melakukan jenayah seperti mencuri data-data filem di dalam persekitaran virtual. Selain itu juga, kewujudan pelbagai platform pasaran baru seperti streaming dan tik tok memebuka lebih banyak kelemahan di dalam jaringan digital.
· PERUBAHAN
Perubahan bukan suatu perkara yang mudah. Untuk melaksanakan perubah ini, ia memakan masa dan kos yang terlalu tinggi. Setiap tenaga pekerja dalam sesebuah organisasi tersebut perlu berubah dari segi kemahiran dan juga sikap. Sesebuah organisasi mungkin tidak mahukan perubahan kearah Revolusi Industri 4.0. Hal Ini kerana mereka perlu mengeluarkan sejumlah kos perbelanjaan yang agak tinggi dalam melakukan pembangunan teknologi baru yang mungkin menelan belanja jutaan ringgit. Perbelanjaan untuk memberikan latihan yang sekucupnya kepada pekerja mereka bagi melahirkan pekerja yang mahir dengan teknologi baru. Semua perkara diatas bergantung kepada pucuk pimpinan atasan sesebuah syarikat.

Comments
Post a Comment