KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0 

THE INTERNET OF THINGS 

    Banyak manfaat Internet of Things boleh diguunakan oleh pengguna. Salah satunya ialah, maklumat ataupun data. Berdasarkan maklumat yang diperolehi membolehkan pengguna lebih mudah menentukan sesuatu perkara tersebut betul ataupun salah. Pengguna tidak perlu menganalisa dan merekodkan maklumat tersebut, malahan dengan bantuan algoritma komputer dan program memudahkan pengguna.  Dengan kewujudan pelbagai mesin yang serba canggih kini maklumat tersebut boleh dioperolehi mengikut kemahuan pengguna dengan bantuan algoritma dan akhirnya segala maklumat yang diperolehi adalah sangat tepat. Selain itu, dengan bantuan sistem komputer yang telah diprogramkan ini akan menjimatkan masa pengguna. Sistem-sistem yang telah diprogramkan ini dikhaskan untuk menganalisis sesuatu maklumat mengikut kemahuan, proses pengumpulan maklumat ini menjadi sangat cepat tanpa memikirkan masa dan tenaga manusia yang banyak. Oleh hal demikian menunjukkan internet of things dapat meningkatkan produktiviti pengguna kerana masa yang disingkatkan itu dapat dimanfaatkan  untuk melakukan perkara yang lain. 

    Namun terdapat juga kelemahan-kelemahan yang terdapat daripada Internet of Things ini, antaranya ialah privasi. Kecanggihan IoT telah mempamerkan data peribadi secara melampau tanpa penyertaan aktif pengguna. Selain itu, keserasian. Internet Of Things tidak ada standard penggunaan sensor seperti penggunaan USB. Hal ini terjadi apabila sistem dan peranti Internet Of Things rosak maka pengguna harus menggantikanya dengan membeli daripada penjual yang sama. Akhir sekali adalah kehilangan pekerjaan. Pekerja ataupun pembantu yang kurang mahir mungkin mengalami masalah kehilangan pekerjaan mereka berikutan tugasan harian yang semakin kedepan. Hal ini akan menyebabkan masalah pengangguran dalam kalangan masyarakat.dengan kemunculan mana-mana teknologi yang boleh diatasi tanpa menggunakan tenaga manusia dengan secara tidak lansung akan mengurangkan keperluan kakitangan yang kurang berpendidikan dan seterusnya mewujudkan isu pengangguran dalam masyarakat.

 

CYBERSECURITY 

    Banyak kebaikan Cybersecurity kepada individu, syarikat atau sesebuah organisasi. Diantaranya adalah, data sensitif boleh dilindungi dengan selamat. Semua maklumat boleh dilindungi daripada ancaman kecurian identiti oleh penggodam dengan lebih baik. Selain itu, produktiviti boleh dikekalkan dengan keselamatan siber (Cybersecurity), sistem dan rangkaian anda akan dilindungi daripada perisian hasad yang menggangu atau merosakkan sistem oleh penggodam. Dengan ini membolehkan pengguna bekerja dengan lebih produktif dan selamat. Akhir sekali, kepercayaan kepada pelanggan boleh diwujudkan. Dengan adanya sistem keselamatan yang baik, pelanggan tidak perlu untuk bimbang jika data-data penting mereka dicerobohi oleh penggodam dan akan memeberikan keyakinan kepada pelanggan untuk memilih produk dalam perkhidmatan anda. 

    Kelemahan juga ada daripada cybersecurity ini, antaranya ialah risiko keselamatan pemilikan data seseorang individu ataupun syarikat termasuklah hilang kawalan data, pendedahan maklumat peribadi serta perkongsian dan penjejakan maklumat yang boleh mengakibatkan jenayah siber berlaku seperti scaming, penyalahgunaan rangkaian dan banyak lagi untuk tujuan merompak wang daripada pengguna.  Selain itu. Malware juga yang boleh menyerang peranti pintar. Serta ransomware sejenis perisian hasad yang diwujudkan untuk tujuan mengunci fail atau peranti dan kemudian mengenakan bayaran berupa sejumlah wang sebagai tebusan.

AUGMENTED REALITY 

    Terdapat beberapa kebaikan augmented reality iaitu, dengan adanya kelebihan Augmented Reality ini seseorang pengusaha boleh mempromosikan produk-produk yang yang ingin dijual denga gaya yang lebih menarik melalui pelbagai aplikasi telefon yang ada pada masa kini. Hal ini akan menyebabkan para pengguna akan lebih tertarik dan seterusnya menimbulkanrasa ingin mencuba dan memiliki produk tersebut.

Seterusnya adalah menarik minat pelajar. Di dalam skop pendidikan Augmented Reality ini boleh meningkatkan minat seseorang untuk belajar. Pelbagai aktiviti pendidikan telah dibuat oleh pihak kerajaan terutamanya di musim covid-19 antaranya seperti kelas secara dalam talian. Dengan adanya inisiatif seperti ini melahirkan minat pelajar untuk belajar dengan pelbagai grafik yang menarik sama ada dalam bentuk 3D dan sebagainya sebagai tujuan menigkatkan minat pelajar untuk belajar. 

    Sebagai sebuah teknologi, augmented reality pastinya mempunyai kelemahan yang terdapat seperti fungsi-fungsi teknologi industri yang lain. Antara keburukan yang terdapat pada Augmented Reality adalah, virtual yang kadangkala kurang nyata. Dari satu segi, objek dari Augmented Reality ini yang diletakkan di dunia nyata akan hilang ketulenanya dan kelihatan seperti kartun yang tiba-tiba muncul di alam nyata. Hal Ini membolehkan teknologi Virtual Reality kelihatan lebih nyata daripada Augmented Reality. Teknologi Augmented Reality ini juga boleh membawa maklumat, objek animasi, tutorial ke dunia, namun teknologi ini tidak dapat menangkap keseluruhan persekitaran dan boleh dikatakan ianya kurang teliti. Hanya bahagian tertentu sahaja yang ditunjukkan. Sudah tentu ini tidak menyokong kemudahan pengeluaran terhadap reka bentuk persekitaran keseluruhan.

Comments

Popular posts from this blog

TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA

DUA (2) NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

FUNGSI SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0