PENGENALAN

 

PENGENALAN 

    Peredaran zaman pada masa kini telah memaksa sesebuah industri untuk melakukan pembaharuan. Peralatan-peralatan yang canggih telah banyak diciptakan untuk memenuhi keperluan semasa sebagai contoh untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan cepat dan pantas. Maklumat dan informasi boleh diperolehi dan dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat kurang daripada sesaat. Sebelum ini data tersebut hanya boleh dipindahkan melalui komputer dan telefon mudah alih sahaja, namun kini data juga boleh dihantar dari satu mesin ke satu mesin yang lain. Istilah ini dikenali sebagai M2M (Machine to Machine).


Klaus Schwab, pengasas Forum Ekonomi Dunia atau World Economic Forum telah menghuraikan di dalam bukunya, The Fourth Industrial Revolution, beliau menyatakan secara umumnya, ia melibatkan Internet Of Things (IOT) atau Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT). Revolusi Industri 4.0 yang rancak dibangunkan oleh seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Kenderaan pintar, rumah pintar, telefon pintar dan banyak lagi elemen pintar diterjemahkan di dalam teknologi pintar melalui Industri 4.0. Jika dibandingkan dengan tahun 80-an dahulu, televisyen hanya memeberikan visual hitam dan putih sahaja dan berperanan untuk menyampaikan berita serta memberikan hiburan kepada masyarakat. Namun Kini, televisyen boleh dilihat dalam pelbagai visual sama ada LED (Liquid Crystal Display), LCD ( Light Emiting Diode) mahupun plasma. banyak syarikat-syarikat televisyen berlumba-lumba untuk meghasilkan produk televisyen yang lebih berkualiti sehingga terhasilnya televisyen pintar yang mana terdapat pelbagai kelebihan yang ditawarkan. Salah satu kelebihanya adalah seperti mengesan manusia tidur lalu sistem akan mematikan fungsinya secara automatic dan sekaligus boleh menjimatkan penggunaan elektrik.

Comments

Popular posts from this blog

TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA

DUA (2) NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

FUNGSI SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0