TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA
TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA Sudah menjadi satu kebiasaan apabila wujudnya sesebuah revolusi pasti ka nada cabaran yang perlu dihadapi. Bermula daripada revolusi industri yang pertama hingga yang ketiga, dunia telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan revolusi-revolusi ini bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan kehendak masyarakat. Kewujudan Revolusi Industri 4.0 juga tidak terlepas dengan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak terlibat agar peralihan teknologi industri yang baharu ini dapat diimplementasikan secara optimum di semua peringkat. Dari perskpektif kerajaan, revolusi teknologi bermakna perlu juga ada revolusi dalam perundagan yang melibatkan syarikat dan teknologi. Kerajaan mungkin gagal untuk mengatur teknologi baru seperti teknologi pengecaman wajah. Kerajaan harus berfikir bagaimana caranya untuk melindungi privasi rakya...