Posts

Showing posts from April, 2022

TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA

Image
TIGA (3) CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 YANG DIHADAPI OLEH SEKTOR SWASTA (PEMBUATAN/PENGILANG) DAN SEKTOR KERAJAAN DI MALAYSIA      Sudah menjadi satu kebiasaan apabila wujudnya sesebuah revolusi pasti ka nada cabaran yang perlu dihadapi. Bermula daripada revolusi industri yang pertama hingga yang ketiga, dunia telah berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan revolusi-revolusi ini bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan kehendak masyarakat. Kewujudan Revolusi Industri 4.0 juga tidak terlepas dengan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak terlibat agar peralihan teknologi industri yang baharu ini dapat diimplementasikan secara optimum di semua peringkat. Dari perskpektif kerajaan, revolusi teknologi bermakna perlu juga ada revolusi dalam perundagan yang melibatkan syarikat dan teknologi. Kerajaan mungkin gagal untuk mengatur teknologi baru seperti teknologi pengecaman wajah. Kerajaan harus berfikir bagaimana caranya untuk melindungi privasi rakya...

DUA (2) NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

Image
DUA (2) NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0      Dua (2) negara yang telah melaksanakan teknologi baharu dalam IR 4.0 adalah di dalam teknologi ‘Smart City’. Smart Citiy adalah konsep bandar yang memanfaatkan teknologi maklumat untuk mengintegrasikan semua infrastruktur dan perkhidmatan daripada kerajaan kepada rakyat. Penerapan konsep smart city dalam perancangan bandar adalah untuk merealisasikan pembangunan dengan meningkatkan perkhidmatan awam dengan mengintegrasikan beberapa elemen yang wujud di kawasan bandar seperti kerajaan, ekonomi, kualiti hidup, alam sekitar, sumber manusia, dan pengangkutan.     Dengan perkembangan semasa dan inovasi teknologi, konsep smart city berkembang pesat setiap tahun. Konsep smart city terbaharu, Smart City 4.0, telah dilancarkan pada 2017 oleh Kumpulan Pecutan Inovasi Universiti California, Berkeley. Konsep smart city 4.0 merupakan inisiatif Revolusi Industri 4.0 untuk membangunkan kemahira...

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

Image
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0  THE INTERNET OF THINGS       Banyak manfaat Internet of Things boleh diguunakan oleh pengguna. Salah satunya ialah, maklumat ataupun data. Berdasarkan maklumat yang diperolehi membolehkan pengguna lebih mudah menentukan sesuatu perkara tersebut betul ataupun salah. Pengguna tidak perlu menganalisa dan merekodkan maklumat tersebut, malahan dengan bantuan algoritma komputer dan program memudahkan pengguna.    Dengan kewujudan pelbagai mesin yang serba canggih kini maklumat tersebut boleh dioperolehi mengikut kemahuan pengguna dengan bantuan algoritma dan akhirnya segala maklumat yang diperolehi adalah sangat tepat. Selain itu, dengan bantuan sistem komputer yang telah diprogramkan ini akan menjimatkan masa pengguna. Sistem-sistem yang telah diprogramkan ini dikhaskan untuk menganalisis sesuatu maklumat mengikut kemahuan, proses pengumpulan maklumat ini menjadi sangat cepat tanpa memikirkan...

FUNGSI SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

Image
  K EFUNGSIAN SETIAP TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0  THE INTERNET OF THINGS  Secara tidak langsung aktiviti harian kita terlibat dengan. Sebagai contoh di pejabat, sistem akaun syarikat berinteraksi dengan sistem sumber manusia, manakala di rumah pula anak-anak bermain permainan sama ada melalui telefon mahupun komputer secara dalam talian dengan rakan dari tempat yang lain. Di zaman pandemic Covid-19 kini ramai peniaga dan juga pembeli menggunakan kaedah pembelian di dalam talian yang mana lebih menjimatkan masa pengguna. Selain itu, contoh lain yang boleh dilihat seperti, maklumat melalui rakaman CCTV di lebuhraya boleh dimuat naik untuk memberikan info kepada pengguna lebuh raya akan situasi trafik terkini dengan memaparkan melalui papan tanda digital yang terdapat lebuh raya mahupun telefon bimbit pengguna. Ini merupakan permulaan untuk kita melihat Internet Of Thing ini akan berinteraksi sesama sendiri tanpa menggunakan tenaga manusia.  Melalui Google Playstore p...

TIGA (3) TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

Image
  THE INTERNET OF THINGS (IOT) Berkonsepkan di mana sesuatu mesin, alat, dan peranti disambungkan terus ke internet dan pengumpulan dan pemindahan data berlaku melalui rangkaian. Internet of Things (IoT) membolehkan rangkaian untuk mengawal, mengesan dan memprogramkan sendiri. Selain itu teknologi ini juga membenarkan peranti komputer menggunakan teknologi sedia ada yang membolehkan mereka berkomunikasi secara langsung atau tidak langsung atau melalui Internet. Teknologi ini menghubungkan Internet kepada tugasan, alatan dan komponen yang membolehkan maklum balas masa nyata. Tanpa kita sedar, kemudahan Internet kini telah digunakan secara meluas, dengan kos penggunaan yang lebih rendah telah membuka ruang kepada industri untuk mencipta lebih banyak peranti yang dibekalkan dengan keupayaan Wi-Fi. Persekitaran ini telah memberi peluang yang luas akan perkembangan Internet Of Things (IOT)   CYBERSECURITY Keselamat...

PENGENALAN

Image
  PENGENALAN      Peredaran zaman pada masa kini telah memaksa sesebuah industri untuk melakukan pembaharuan. Peralatan-peralatan yang canggih telah banyak diciptakan untuk memenuhi keperluan semasa sebagai contoh untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan cepat dan pantas. Maklumat dan informasi boleh diperolehi dan dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat kurang daripada sesaat. Sebelum ini data tersebut hanya boleh dipindahkan melalui komputer dan telefon mudah alih sahaja, namun kini data juga boleh dihantar dari satu mesin ke satu mesin yang lain. Istilah ini dikenali sebagai M2M (Machine to Machine). Klaus Schwab, pengasas Forum Ekonomi Dunia atau World Economic Forum telah menghuraikan di dalam bukunya, The Fourth Industrial Revolution, beliau menyatakan secara umumnya, ia melibatkan Internet Of Things (IOT) atau Internet Kebendaan dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada ...